Jumat, 28 September 2007

saya berbual...

Salam sejahtera untuk para pembaca. Dalam kesempatan kali ini saya ingin berbual tentang pelancongan di Singapura.

Terdapat beberapa tempat pelancongan di Singapura yang pernah saya kunjungi, di antaranya Sentosa, Singapore Zoo, Escape dan lain sebagainya. Namun, satu-satunya yang mampu membuat saya terkagum ialah Sentosa. Ini dikeranakan pemerintah Singapura telah menyisihkan dan menetapkan pulau ini untuk secara khusus beroperasi dalam bidang pelancongan.

Pemandangannya yang mempesona, hiburan yang menarik dan perkhidmatan yang baik telah berhasil menarik perhatian para pelancong maupun penduduk Singapura sendiri untuk terus mengunjungi pulau ini. Tidak diduga lagi betapa menggodanya keindahan pulau ini. Di dekat pantai menawannya, juga dibangun sebuah penginapan yang tersedia untuk pelancong yang berminat untuk menginap dalam jangka waktu panjang.

Pelancongan sebagai salah satu aspek pendapatan Singapura menimbulkan adanya kepedulian pemerintah demi perkembangan dalam bidang ini. Pemerintah Singapura telah mengambil beberapa langkah untuk menjadikan Singapura lebih menarik di mata pelancong luar negeri dan untuk meningkatkan kualitas tempat-tempat pelancongan di Singapura. Di antaranya, Singapura telah memasang iklan di berbagai negara demi mempromosikan keunggulan pelancongan di Singapura. Risalah juga disediakan di pelabuhan dan lapangan terbang untuk dirujuki oleh para pelancong. Pemerintah juga telah meningkatkan kualitas pengangkutan di Singapura untuk memudahkan para pelancong mengakses ke tujuan-tujuan pelancongan. Salah satunya ialah Sentosa. Dahulu, untuk dapat berkunjung ke Sentosa, para pelancong harus menaiki cable car ataupun sebuah kapal dari pelabuhan Harbour Front untuk diankut ke pulau seberang itu. Sekarang untuk mengunjungi Sentosa para pelancong boleh menaiki angkutan darat dan yang lebih menarik lagi, kini di mal VivoCity telah diluncurkan semacam kereta dalam bentuk yang menarik yang mampu membawa para pelancong menuju Sentosa.

Singapura juga berhasil menarik perhatian para pelancong lewat peluncuran kapal wisata Star Cruises. Kapal wisata yang cukup unik dan menarik ini terus meyakinkan para pelancong untuk mengunjungi dan kembali mengunjungi hiburan yang tidak kalah hebatnya ini.

Untuk menarik lebih banyak pelancong, pemerintah Singapura kini juga tengah membangun dan membina Intergrated Resorts, di mana yang diperkirakan akan selesai dalam beberapa tahun yang akan datang. Dikatakan dalam Intergrated Resorts ini akan dibangun kasino yang dipercaya mampu menarik kehadiran banyak pelancong.

Dengan perkembangan yang semakin pesat dalam bidang pelancongan ini, tentu sahaja para pelancong mampu meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam hati mereka. Itulah sebabnya para pelancong terus kembali mengunjungi Singapura dan jumlah pelancong yang mendatangi Singapura terus meningkat dari tahun ke tahun.

Tidak ada komentar: