Selasa, 08 Januari 2008

O level semakin dekat!!!

Salam sejahtera para pembaca. Senang sekali kita dapat bertemu kembali dalam lelaman blog peribadi saya. Semoga seusai liburan panjang sekolah saudara-saudari masih dalam keadaan yang sehat dan walfiat. Sebelumnya, perbolehkan saya untuk mengucapkan selamat menempuh tahun baru 2008 dan semoga saudara-saudari dapat menyambut perjuangan dalam tahun baru ini dengan lebih tegar dan dewasa.

Berbicara mengenai menempuh tahun yang baru ini, tentu sahaja ada satu hal yang tidak dapat terlepas daripada pemikiran kita, iaitu bersama hari-hari berlalu, kedekatan kita dengan pelaksanaan peperiksaan GCE peringkat O juga semakinlah dekat. Pastilah kita semua ingin mencapai kesuksesan dan kecemerlangan dalam peperiksaan tersebut. Namun, apakah saudara-saudari telah mempersiapkan diri untuk menghadapi sesi hidup yang mampu mengombak-ambikkan jantung saudara-saudari ini? Sudah waktunya saudara-saudari mulai beraksi!

'Waktu ialah pengetahuan!!!' Inilah kata-kata kunci yang semestinya saudara-saudari ingat mulai detik ini juga. Waktu terus berjalan dan seiring hari-hari berlalu, waktu yang tersisa semakin terbatas. Gunakanlah waktu saudara-saudari semaksimal mungkin untuk keperluan yang sepenting-pentingnya! Namun, sebelum saudara-saudari menempuh pejuangan ini, tentukan dahulu target-target yang ingin saudara-saudari capai dalam peperiksaan GCE peringkat O mendatang. Kemudian, rencanakanlah strategi-strategi yang boleh saudara-saudari usahakan demi mencapai target-target tersebut. Di bawah ini ada beberapa strategi yang saya anjurkan, semoga strategi-strategi tersebut dapat membantu saudara-saudari demi kejayaan dalam peperiksaan GCE peringkat O nanti.

Kesehatan ialah utama!! Saudara-saudari haruslah menjaga kesehatan tubuh masing-masing. Kerana apabila saudara-saudari terjerat dalam suatu penyakit, timbullah halangan yang sangat besar dalam masa belajar saudara-saudari. Oleh kerana itu, berehatlah secukupnya dan makanlah secara teratur agar kesehatan saudara-saudari dapat terjaga. Jagalah kebersihan lingkungan saudara-saudari! Dengan adanya lingkungan yang bersih dan sehat pula saudara-saudari dapat menciptakan nuansa belajar yang nyaman.

Saudara-saudari juga boleh mencuba untuk belajar sambil mendengarkan muzik klasik. Tahukah saudara-saudari bahawa muzik klasik sebetulnya mampu menenangkan hati dan pikiran serta memulihkan kesegaran dan kesenangan hati saudara saudari? Kerana itulah muzik klasik sangat bermanfaat jika saudara-saudari sedang belajar ataupun mengkaji ulang pelajaran saudara-saudari di sekolah. Dengan perasaan yang lebih tenang dan damai, kajian-kajian yang saudara-saudari lakukan bisa ditangkap oleh otak dengan lebih mudah dan cepat.

Luangkanlah sehari dalam seminggu untuk berekreasi atau berekspedisi. Ini berguna untuk memberi saudara-saudari tempat dan waktu untuk menarik nafas kelegahan setelah seminggu menghadapi pelajaran yang melelahkan. Kepuasan mental dan fizikal sangatlah diperlukan untuk menuangkan segala tekanan yang telah saudara-saudari rasakan.

Rangkumlah butir-butir penting dalam sepucuk catatan kecil atau rangkuman, setiap kali saudara-saudari menyelesaikan satu materi pelajaran. Rangkuman ini berguna agar di saat-saat menjelang peperiksaan GCE peringkat O, saudara-saudari tidak perlu lagi merujuk kata demi kata yang tertera dalam buku teks saudara-saudari. Catatan kecil ini telah cukup untuk dijadikan rujukan satu materi pelajaran. Dengan begini, saudara-saudari dapat menghemat waktu untuk merujuk materi pelajaran lainnya.

Itu sahaja anjuran saya untuk saudara-saudari. Semoga sahaja strategi-strategi tersebut dapat membantu saudara saudari untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan GCE peringkat O mendatang. Tentu sahaja cara-cara di atas tidak akan mencapai kejayaan tanpa adanya dorongan dari diri saudara-saudari sendiri. Motivasi diri masihlah akar kesuksesan saudara-saudari dalam peperiksaan nanti.

Sebelum saya pamit, perbolehkan saya untuk mengucapkan beribu-ribu terima kasih kepada guru-guru didik kami yang telah berjasa dalam mempersiapkan kami menuju jenjang peperiksaan GCE peringkat O. Mereka telah mengorbankan sebahagian besar waktu dan pikiran mereka demi kejayaan peperiksaan kami nanti. Tentu sahaja jasa-jasa bakti mereka tidak dapat kami balas hanya dengan sepatah kata 'terima kasih'. Namun saya percaya, dengan kegigihan belajar dan kesuksesan kami di peperiksaan GCE peringkat O nanti, guru-guru kami tercinta akan berasa bangga dan sedar bahawa pengorbanan mereka selama ini tidaklah sia-sia. Tidak lupa juga saya mohon maaf yang sedalam-dalamnya jika adakala saya telah mengecewakan ibu, bapak guru. Semoga kenangan-kenangan indah di sekolah menengah Shuqun ini dapat selalu terukir dalam hati kami. Terima kasih, guru-guru kami, pahlawan tanpa tanda jasa untuk selama-lamanyanya.

1 komentar:

ismailj mengatakan...

irene,
Semoga anda mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Sentiasalah merendah diri dan sedia berbakti.

cg ij