Jumat, 28 September 2007

saya berbual...

Salam sejahtera untuk para pembaca. Dalam kesempatan kali ini saya ingin berbual tentang pelancongan di Singapura.

Terdapat beberapa tempat pelancongan di Singapura yang pernah saya kunjungi, di antaranya Sentosa, Singapore Zoo, Escape dan lain sebagainya. Namun, satu-satunya yang mampu membuat saya terkagum ialah Sentosa. Ini dikeranakan pemerintah Singapura telah menyisihkan dan menetapkan pulau ini untuk secara khusus beroperasi dalam bidang pelancongan.

Pemandangannya yang mempesona, hiburan yang menarik dan perkhidmatan yang baik telah berhasil menarik perhatian para pelancong maupun penduduk Singapura sendiri untuk terus mengunjungi pulau ini. Tidak diduga lagi betapa menggodanya keindahan pulau ini. Di dekat pantai menawannya, juga dibangun sebuah penginapan yang tersedia untuk pelancong yang berminat untuk menginap dalam jangka waktu panjang.

Pelancongan sebagai salah satu aspek pendapatan Singapura menimbulkan adanya kepedulian pemerintah demi perkembangan dalam bidang ini. Pemerintah Singapura telah mengambil beberapa langkah untuk menjadikan Singapura lebih menarik di mata pelancong luar negeri dan untuk meningkatkan kualitas tempat-tempat pelancongan di Singapura. Di antaranya, Singapura telah memasang iklan di berbagai negara demi mempromosikan keunggulan pelancongan di Singapura. Risalah juga disediakan di pelabuhan dan lapangan terbang untuk dirujuki oleh para pelancong. Pemerintah juga telah meningkatkan kualitas pengangkutan di Singapura untuk memudahkan para pelancong mengakses ke tujuan-tujuan pelancongan. Salah satunya ialah Sentosa. Dahulu, untuk dapat berkunjung ke Sentosa, para pelancong harus menaiki cable car ataupun sebuah kapal dari pelabuhan Harbour Front untuk diankut ke pulau seberang itu. Sekarang untuk mengunjungi Sentosa para pelancong boleh menaiki angkutan darat dan yang lebih menarik lagi, kini di mal VivoCity telah diluncurkan semacam kereta dalam bentuk yang menarik yang mampu membawa para pelancong menuju Sentosa.

Singapura juga berhasil menarik perhatian para pelancong lewat peluncuran kapal wisata Star Cruises. Kapal wisata yang cukup unik dan menarik ini terus meyakinkan para pelancong untuk mengunjungi dan kembali mengunjungi hiburan yang tidak kalah hebatnya ini.

Untuk menarik lebih banyak pelancong, pemerintah Singapura kini juga tengah membangun dan membina Intergrated Resorts, di mana yang diperkirakan akan selesai dalam beberapa tahun yang akan datang. Dikatakan dalam Intergrated Resorts ini akan dibangun kasino yang dipercaya mampu menarik kehadiran banyak pelancong.

Dengan perkembangan yang semakin pesat dalam bidang pelancongan ini, tentu sahaja para pelancong mampu meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam hati mereka. Itulah sebabnya para pelancong terus kembali mengunjungi Singapura dan jumlah pelancong yang mendatangi Singapura terus meningkat dari tahun ke tahun.

Rabu, 26 September 2007

momentum penuh warna...

Salam sejahtera untuk para pembaca. Dalam kesempatan ini saya ingin berbagi pengalaman yang sangat terkesan di hati saya yang tidak akan pernah saya lupakan.

Kira-kira 2 tahun yang lalu selepas saya bersama rakan-rakan selesai mengikuti ujian nasional, kami merencanakan dan mengadakan sebuah acara perpisahan untuk mengenang kenangan-kenangan indah yang pernah kami alami bersama, baik pun suka maupun duka. Acara perpisahan ini diadakan terutama kerana tidak lama kemudian sebagian besar rakan-rakan akan berpindah tempat ke luar kota untuk melanjutkan pendidikan mereka. Oleh sebab itu, acara perpisahan ini ialah acara di mana kami dapat berkumpul bersama buat terakhir kali untuk berkongsi cerita dan pengalaman.

Acara ini kami adakan di sebuah pantai bernama "Nongsa Point Marina". Kami menyewa sebuah villa untuk diinapi selama dua hari satu malam.



Pada pagi hari acara perpisahan tersebut, kami berkumpul dahulu di sekolah kemudian berangkat bersama-sama menuju tujuan kami yang cukup jauh. Bapak ibu rakan-rakan yang baik dan ramah bersedia untuk mengantar kami ke tempat tujuan kami.

Kami bersyukur sebab cuaca sangat mendukung perencanaan kami ini. Setiba di pantai yang indah menawan itu, kami segera menyerbu ke villa sewaan kami yang bertempat di atas bukit. Villa tersebut cukup luas namun kamar tidur villa tersebut tidaklah mampu menampung jumlah kami yang mencakup dua puluhan orang. Akhirnya setelah dibincangkan, kami sepakat bahawa semua lelaki akan tidur di ruang tamu.



Namun, hari yang ditetapkan sebagai hari acara perpisahan kami ini serasa tidak tepat. Guru darjah kami tidak dapat menghadirkan diri dalam acara ini sebab beliau mempunyai urusan yang menghalanginya. Oleh kerana itu, kami tidak mempunyai makanan untuk disantap. Untung sahaja salah satu rakan kami mendermakan dua kotak mi cawan yang kini menjadi santapan kami selama dua hari.


Supaya tidak kelaparan, sebagian rakan saya yang membawa alat pancing bergegas menuju pantai untuk menangkap ikan agar dapat kami makan. Dari pengalaman ini juga saya dapat mempelajari cara untuk memancing ikan, ternyata tidaklah mudah. Memancing ikan serasa suatu ajang kesabaran. Akhirnya berkat kerja keras, kami berhasil membuahkan 7 ekor ikan untuk dimasak.

















Sesampai kembali di villa, kami bergegas ke dapur. Di situ telah disediakan berbagai macam peralatan memasak. Namun, bencana demi bencana terus menuruni kami. Kami tidak mempunyai minyak untuk menggoreng ikan-ikan tersebut. Usaha kami sia-sia. Kini kami hanya dapat bergantung pada mi cawan.

Malam telah tiba. Tampak sekumpulan lelaki sedang serius menonton pertarungan bola sepak World Cup tingkat seperempat final. Kerana kamar tidur telah penuh ditiduri oleh rakan-rakan yang lain, kami terpaksa berdiam di ruang tamu. Kami berencana untuk bergadang semalaman sambil menonton pertarungan bola sepak. Saya yang sedang berjuang melawan kekantukan akhirnya berhasil melewatkan malam tanpa tidur. Tetapi, selepas pukul 7 pagi saya tidak dapat menahan kelelahan saya lagi dan akhirnya saya terjun ke dalam mimpi indah saya.

Ketika saya kembali sedar, kira-kira sudah pukul 10 pagi. Saya segera mandi dan mengepak barang-barang saya. Dalam waktu dua jam kemudian kami harus telah meninggalkan villa tersebut. Akhirnya, setelah menghabiskan mi cawan, kami meninggalkan villa tersebut, di mana kami menghabiskan kenangan terindah kami selama ini. Kami bergegas pulang.




Peristiwa ini berkenang sangat dalam hatiku. Hingga sekarang saya masih mengingat perincian tiap kegiatan yang kami lakukan. Saya sangat merindukan kelas saya yang paling berkesan di hati saya ini. Sekarangpun juga, kami sedang merencanakan acara reuni kami di mana kita dapat kembali dipersatukan untuk berbagi pengalaman selama ini. Saya berharap hari yang satu ini dapat segera tiba.



Selasa, 18 September 2007

kenapa nak naikkan tambang???

Salam sejahtera para pembaca. Merujuk pada artikel yang saya baca hari ini, ada beberapa perkara yang ingin saya sampaikan.

Kenaikan tambang yang baru dikuatkuasakan bulan Julai lalu tampak banyak aduan yang telah disampaikan oleh rakyat.

Kenaikan tambang demi mutu perkhidmatan yang lebih baik dan peruntukan biaya yang semakin mahal serasa bukan tujuan utama kenaikan tambang. Buktinya, perusahaan transportasi seperti SBS Transit dan SMRT mencetus bahawa apabila biaya tambang tidak dinaikkan, pihaknya masih dapat memperoleh keuntungan yang jumlahnya cukup besar.

Tentu sahaja pihak perusahaan transportasi menginginkan keuntungan yang lebih besar, namun pernahkah mereka memikirkan tentang nasib rakyat??

Mungkin sahaja kerana kenaikan tambang ini beberapa keluarga yang kurang mampu harus hidup lebih berhemat lagi agar mempunyai cukup uang untuk menaiki alat pengangkutan. Memang perusahaan pengangkutan mengatakan bahwa pihaknya menaikkan tambang kerana adanya kenaikan harga minyak diesel. Tetapi, apakah itu bererti mereka harus menaikkan biaya tambang meskipun pihaknya tetap dapat memperoleh keuntungan?? Lebih-lebih lagi, dalam perkara ini, hal yang saya rasa kurang adil ialah hanya tambang bas dan teksi sahajalah yang dinaikkan, MRT dan LRT tetap dalam biaya yang sama. Situasi ini hanya menguntunkan rakyat yang sering berangkutan lewat MRT, bagaimana dengan rakyat yang lebih sering menaiki bas dan teksi?

Saya rasa perlu adanya perbincangan lebih lanjut antara pemeritah dengan pihak perusahaan pengangkutan. Keputusan yang bulat perlulah diambil agar dapat memuaskan hati seluruh lapisan masyarakat. Semoga dalam masa yang akan datang, akan ada keputusan dan skim yang lebih efektif dan adil yang mampu mencakup keberuntungan bersama antara pemerintah, perusahaan pengankutan dan rakyat.

Sekian komentar saya. Terima kasih.

Selasa, 11 September 2007

suara hatiku...


Merujuk pada artikel yang saya baca hari ini, ada sedikit komentar yang ingin saya sampaikan dari ujung hati saya. Di bawah ini saya tampilkan artikel yang telah saya baca.


Singapura : 11 September 2007

POLIS BERSALAH BANTU LANJUT TEMPOH INAP


SEORANG pegawai polis yang bertanggungjawab menghuraikan beberapa kes pembunuhan dan penculikan telah didapati bersalah oleh mahkamah kerana membantu wanita asing melanjutkan tempoh penginapan mereka di sini secara haram.

Hukuman ke atas Daniel Teo Huan Koon, 35 tahun, akan dijatuhi hari ini.

Sebelum ini, mahkamah diberitahu bahawa dalam tempoh tiga bulan, Teo menerima $26,500 untuk membantu 53 wanita dari Vietnam dan China melanjutkan tempoh penginapan di Singapura.

Dia mengirimkan surat palsu kepada pihak penguasa imigresen dengan mendakwa wanita itu diperlukan untuk membantu siasatan kes pembunuhan dan kematian luar biasa. Bagi setiap surat, dia dikatakan diupah $500.

Namun, Teo tidak mempunyai kuasa menulis surat tersebut.

Dia digantung daripada bertugas sejak Mei lalu dan dikatakan menerima wang itu daripada orang tengah, Eric Au Choon Yong, yang belum lagi didakwa di mahkamah.
Jika didapati bersalah, Teo boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda $10,000.

Kesalahan membuat kenyataan palsu membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun.



LELAMAN DI ATAS DIPETIK DARIPADA:



---------------------------------------------------------------------------


Pandangan mataku langsung tertumpu pada tajuk artikel ini ketika lelaman internet ini dibuka.


Menyeludupkan orang memang tidak mudah, terlebih lagi jumlah yang didapati ialah 53 wanita dari Vietnam dan China. Namun, dengan bantuan polis, semuanya terasa mudah dan ringan.


Dengan upah sebesar $26,500 dan sogokan sebesar $500 untuk setiap surat palsu yang dikirimkan ke imigresen, seorang polis dinyatakan bersalah dan terdakwa atas kesalahannya dalam membantu memperpanjang tempoh penginapan para imigran secara haram.


Memang benar pekerjaan seorang polis membolehkannya mempunyai kuasa dalam menyelidiki hal-hal tertentu, namun tidaklah dibenarkan apabila para polis menyalahgunakan kuasa yang mereka miliki untuk hal-hal yang tidak pantas.


Menurut saya, aksi yang dilakukan oleh polis tersebut di atas, telah memudahkan para imigran untuk mengakses ke negara tanpa pemeriksaan dan penyelidikan yang aman. Ini dapat menyebabkan keamanan negara menjadi terancam dan lebih parah lagi apabila di antara para imigran terdapat unsur-unsur keganasan teroris.

Seharusnya, pihak imigresen mengadakan pemeriksaan yang lebih lanjut dan tidak mengizinkan para imigran yang belum jelas status dan identitasnya untuk masuk ke negara secara mudah. Pihak imigresen juga tidak seharusnya langsung mempercayai perkataan polis tanpa penyelidikan yang sesuai. Pemeriksaan yang ketat perlulah diandalkan untuk memastikan setiap imigran yang masuk ke negara ialah sah dan diakui status dan identitasnya.

Sebagai anggota polis juga, seharusnya mempunyai rasa tanggung jawab dan cinta tanah air yang tinggi, tidak semata-mata tergiur oleh godaan wang yang mampu menggoda hati mereka untuk mengkhianati negara sendiri.


Akhir kata, saya berharap dari pelajaran ini, pihak imigresen dapat lebih berwaspada dalam beroperasi dan pihak polis pun dapat taat dan setia pada negara sendiri. Ingat!! Wang bukanlah segala-galanya.

Demikian komentar yang ingin saya sampaikan. Terima kasih atas perhatiannya.

Selasa, 21 Agustus 2007

apa kataku???

Singapura : 20 Ogos 2007Mudah cetakE-mel



PROGRAM BARU GALAK LEBIH RAMAI PELAJAR MENENGAH BELAJAR BAHASA MELAYU

SEBUAH Program Pengajian Serantau akan diperkenal di beberapa sekolah menengah bagi menggalak lebih ramai pelajar bukan Melayu mempelajari bahasa Melayu selain bahasa ibunda masing-masing.

Di bawah program itu, pelajar akan mengambil Bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga sambil mendalami pengetahuan tentang negara-negara jiran Asia Tenggara Singapura.

Mendedahkan demikian, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata pemerintah akan menawarkan biasiswa bagi program tersebut, sehingga 100 biasiswa setahun.

Satu lagi usaha pemerintah melibatkan Program Melayu Khas (MSP) - sebuah program mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga di sekolah menengah, yang sejauh ini tidak mendapat sambutan.

Encik Lee berkata Kementerian Pendidikan akan menawarkan insentif bagi pelajar menyertai program itu, termasuk memberi mata bonus bagi kemasukan ke maktab rendah.

Insentif tersebut akan juga ditawarkan kepada pelajar bukan Cina yang mengambil bahasa Mandarin sebagai bahasa ketiga.

Menjelaskan pemikiran pemerintah di sebalik menggalak pengajian bahasa Melayu, Encik Lee berkata ramai generasi tua Singapura memahami dan boleh bertutur dalam bahasa Melayu dan bahasa Indonesia.

Namun, bilangan generasi muda yang berupaya bertutur bahasa itu amatlah sedikit.

Singapura perlu mempunyai lebih ramai warga berupaya bertutur dalam bahasa Melayu. Walaupun tidak lancar, sekurang-kurangnya mampu bersembang dan memahami bahasa tersebut.

'Barulah kita boleh berinteraksi dengan jiran-jiran dalam bahasa mereka. Meneroka peluang bersama dan menangani isu-isu yang timbul dari masa ke semasa,' ujar Encik Lee.



LELAMAN DIAMBIL DARIPADA

[http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,101744,00.html]



--------------------------------------------------------------------------------------


Secara peribadi, menurut saya program yang dianjurkan ini sangat baik dan berguna. Dengan menggalakkan program ini, pemerintah Singapura mampu meningkatkan kemampuan berbahasa pelajar Singapura. Bahasa sebagai kunci utama berkomunikasi mampu membuka peluang untuk menjalin hubungan yang baik bersama negara-negara jiran, terutama kerana Singapura terletak di wilayah strategis Asia Tenggara. Sebagai negara yang dikelilingi perairan, Singapura sangat ramai akan pelayaran dan penerbangan internasional. Oleh kerana itu, penguasaan bahasa yang cukup luas sangat dibutuhkan untuk mempertahankan dan menjalankan perniagaan yang berasaskan kekeluargaan.

Demi melancarkan program ini, pemerintah Singapura pun menawarkan beberapa keuntungan dalam menjalankan program ini. Di antaranya pemberian biasiswa, insentif , dan juga mata bonus bagi kemasukan ke maktab rendah bagi pelajar yang mengikuti program ini. Tawaran ini menurut saya sangat efektif sebab mampu menarik para pelajar untuk ikut ambil bagian dalam skema pembelajaran bahasa ketiga.

Dengan menganjurkan pelajar untuk mempelajari bahasa ketiga, selain bahasa ibunda sendiri, juga sangat bermanfaat dalam memperluas wawasan akan budaya lain. Misal kata apabila seorang Cina mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga, secara tidak langsung pelajar itu juga mempelajari dan memperluas pengetahuannya akan budaya Melayu, dan sebaliknya.

Kesimpulannya, dengan adanya skema program pembelajaran bahasa seperti ini, pelajar tidak hanya dapat bermanfaat dalam kemampuan berbahasa yang berkualitas tetapi juga dapat membantu negara dalam menjalin hubungan sosial dengan negara lain.

Senin, 20 Agustus 2007

pesan samar

Pada hari Sabtu lalu, tepatnya tanggal 18 Ogos 2007, kami segenap pelajar menengah 3 ekspres, di bawah panduan Miss Fun, berangkat menuju Old Parliament House yang berlokasi di City Hall. Kami telah terdaftar sebagai penonton dalam sebuah pertunjukan, "The Enchanted Tales" oleh The Finger Players.

Pertunjukan ini dibawakan dengan cara yang unik dan rasa yang berbeda, di mana para dalang harus menuangkan pesan mereka dengan memainkan tangan-tangan mereka yang lincah dalam mengendalikan gerak-gerik boneka, atau yang biasa dikenal dengan "puppet show".





Pertunjukan ini menampilkan kisah seorang syaitan bernama Bai Xiu Xiu yang menginginkan kehidupan kekal. Untuk memenuhi keinginannya, dia memohon bantuan kepada dewa tertinggi yang berkuasa di tempatnya bertinggal. Keinginan Bai Xiu Xiu dapat dikabulkan asalkan dia memenuhi satu persyaratan, iaitu bahawa dia tidak boleh bertemu lagi dengan suami tercintanya. Bai Xiu Xiu yang sangat ingin permintaannya dikabulkan menyetujui persyaratan itu. Tidak lama kemudian, dia dijelma menjadi sebuah makhluk yang terbuat dari bahan-bahan plastik.

Awalnya, Bai Xiu Xiu sangat senang. Namun keadaan mulai berubah sejak teman-teman bermainnya yang tidak memperoleh kehidupan kekal, satu demi satu meninggal dunia. Bai Xiu Xiu sangat sedih dan kesepian sampai akhirnya bertahun-tahun kemudian suaminya berhasil menemukannya kembali. Dalam pertemuan itu juga, suami Bai Xiu Xiu yang juga sudah tua renta meninggal dunia. Bai Xiu Xiu sangat sedih dan menangis tersedu-sedu. Namun, di luar perkiraannya, titik-titik air yang mengalir daripada matanya ternyata beracun dan saat butir-butir air itu mengalir ke suaminya, tubuh mayat itu langsung terbakar hingga abu dan Bai Xiu Xiu pun terpingsan pula.

Tetapi, sebab Bai Xiu Xiu tidak menepati janjinya, lahirlah seorang bayi hitam, tanpa disadarinya. Bayi hitam yang tersesat dengan ibunya itu menangis setiap hari, ingin sekali kembali ke pangkuan ibunya. Bayi hitam itu mempunyai formasi serupa awan hitam dan tetesan air matanya menurunkan hujan masam ke dunia dan mengakibatkan dampak negatif dalam kehidupan manusia. Para bunian yang ladangnya hancur oleh hujan masam itu sangat kesal dan segera memikirkan solusi terbaik dan tercepat. Akhirnya, dengan bantuan para peri dan bunian, bayi hitam itu kembali lagi ke sisi ibunya, Bai Xiu Xiu, dan berhenti menyebabkan huru-hara di dunia.


Di balik kisah ini, terdapat sebuah pesan abstrak yang ingin disamapaikan oleh para dalang. Melalui kisah ini para dalang ingin menyampaikan agar kami harus mulai bertindak hemat dengan menyimpan dan/ atau menggunakan kembali barang-barang yang dapat didaur ulang. Para dalang juga mempergunakan barang-barang bekas dalam mendekorasi setting pertunjukan dan membuat boneka-boneka untuk mendorong kita dan menekankan pesan samar yang mereka sampaikan melalui kisah tersebut.

sapaan hangat

Salam sejahtera rakan sekalian. Selamat datang ke lelaman blog pribadi saya. Senang sekali saya dapat mempunyai kesempatan seperti ini untuk berbagi pengalaman saya, baik yang suka mahupun duka, bersama rakan semua.

Tidak kusangka waktu berlangsung sangat cepat. Sudah hampir setahun kita saling mengenal satu sama lain dan berkumpul bersama dalam ruangan kelas Bahasa Melayu. Namun, kata "kenal" yang kita alami ini hanyalah sesuatu yang maya, seperti pantulan bayangan daripada cermin. Kata "kenal" ini hanyalah bertuju pada penampilan fizik dan wajah kita. Sesungguhnya kita sama sekali tidak kenal! Tidak kenal dalam erti kita sama sekali tidak mengenali kepribadian satu sama lain. Oleh kerana itu, saya gunakan kesempatan ini untuk memperdekat jarak di antara kita agar rakan-rakan dapat mengenal IRENE lebih jauh.

Secara jujur, saya seseorang yang berkepribadian cemerlang dan ceria. Semakin cerianya diriku, terkadang saya bisa dikatakan sebagai tipe orang yang bermuka tebal dan tidak mementingkan sangat pandangan orang terhadapku, dalam hal-hal tertentu. Saya suka menjadi badut di antara rakan-rakanku. Saya suka membawa kegirangan dan kebahagiaan untuk orang lain sebab menurut saya setiap senyuman yang terpancar di muka orang-orang terdekat saya merupakan unsur kesenangan hati saya.

Namun, di balik sisi positif dalam diriku, kepribadianku juga terisi dengan berbagai macam kelalaian dalam bersikap. Saya tergolong orang yang sering beraksi secara histeris menurut rakan-rakanku. Saya seseorang yang mudah terpengaruh oleh pendapat-pendapat dan pemikiran orang lain dan oleh sebab itu saya seseorang yang tidak mempunyai pendirian yang tetap dan kokoh. Ini terkadang menyebabkan saya tidak dapat membuat keputusan sendiri tanpa kritik dan komentar orang lain. Saya seseorang yang penakut dan tidak berani menanggung resiko. Saya termasuk orang yang suka menunda pekerjaan dan pada akhirnya saya selalu menyelesaikan pekerjaan secara tergesa-gesa saat detik-detik terakhir.

Berikut merupakan pendapat rakan-rakan saya terhadap kepribadianku:
  • Marissa (3B) - "Irene adalah kawan yang baik. Kadang kala Irene juga membuat saya tertawa."
  • Dinna (3A) - "Irene seorang anak yang tekun dan pintar, walaupun dia terkadang amat ceroboh."
  • Kathy (3B) - "Banyak sekali yang mengira Irene seseorang yang pendiam, namun barang kali Irene adalah seseorang yang paling ribut yang rakan-rakan tidak terkirakan. Irene seseorang yang sangat lamban dan sabar. Mungkin itulah sebabnya Irene selalu menjadi manusia terakhir yang sedang menghabiskan makan siangnya di kantin saat orang-orang sedang berjalan tergesa-gesa menuju ke kelas."
  • Philip (3B) - "Irene seseorang yang baik, suka tertawa dan mempunyai banyak teman."

Setelah membaca pendapat daripada sobat-sobat saya, harap anda yang sedang membaca tidak tertanya-tanya dan terpukau oleh kenyataan di balik topeng saya. Harap rakan sekalian tidak menilai dan menghakimi sifat dan kepribadian saya dan tetap menganggap saya sebagai rakan anda. Terima kasih.