Selasa, 11 September 2007

suara hatiku...


Merujuk pada artikel yang saya baca hari ini, ada sedikit komentar yang ingin saya sampaikan dari ujung hati saya. Di bawah ini saya tampilkan artikel yang telah saya baca.


Singapura : 11 September 2007

POLIS BERSALAH BANTU LANJUT TEMPOH INAP


SEORANG pegawai polis yang bertanggungjawab menghuraikan beberapa kes pembunuhan dan penculikan telah didapati bersalah oleh mahkamah kerana membantu wanita asing melanjutkan tempoh penginapan mereka di sini secara haram.

Hukuman ke atas Daniel Teo Huan Koon, 35 tahun, akan dijatuhi hari ini.

Sebelum ini, mahkamah diberitahu bahawa dalam tempoh tiga bulan, Teo menerima $26,500 untuk membantu 53 wanita dari Vietnam dan China melanjutkan tempoh penginapan di Singapura.

Dia mengirimkan surat palsu kepada pihak penguasa imigresen dengan mendakwa wanita itu diperlukan untuk membantu siasatan kes pembunuhan dan kematian luar biasa. Bagi setiap surat, dia dikatakan diupah $500.

Namun, Teo tidak mempunyai kuasa menulis surat tersebut.

Dia digantung daripada bertugas sejak Mei lalu dan dikatakan menerima wang itu daripada orang tengah, Eric Au Choon Yong, yang belum lagi didakwa di mahkamah.
Jika didapati bersalah, Teo boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda $10,000.

Kesalahan membuat kenyataan palsu membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun.



LELAMAN DI ATAS DIPETIK DARIPADA:



---------------------------------------------------------------------------


Pandangan mataku langsung tertumpu pada tajuk artikel ini ketika lelaman internet ini dibuka.


Menyeludupkan orang memang tidak mudah, terlebih lagi jumlah yang didapati ialah 53 wanita dari Vietnam dan China. Namun, dengan bantuan polis, semuanya terasa mudah dan ringan.


Dengan upah sebesar $26,500 dan sogokan sebesar $500 untuk setiap surat palsu yang dikirimkan ke imigresen, seorang polis dinyatakan bersalah dan terdakwa atas kesalahannya dalam membantu memperpanjang tempoh penginapan para imigran secara haram.


Memang benar pekerjaan seorang polis membolehkannya mempunyai kuasa dalam menyelidiki hal-hal tertentu, namun tidaklah dibenarkan apabila para polis menyalahgunakan kuasa yang mereka miliki untuk hal-hal yang tidak pantas.


Menurut saya, aksi yang dilakukan oleh polis tersebut di atas, telah memudahkan para imigran untuk mengakses ke negara tanpa pemeriksaan dan penyelidikan yang aman. Ini dapat menyebabkan keamanan negara menjadi terancam dan lebih parah lagi apabila di antara para imigran terdapat unsur-unsur keganasan teroris.

Seharusnya, pihak imigresen mengadakan pemeriksaan yang lebih lanjut dan tidak mengizinkan para imigran yang belum jelas status dan identitasnya untuk masuk ke negara secara mudah. Pihak imigresen juga tidak seharusnya langsung mempercayai perkataan polis tanpa penyelidikan yang sesuai. Pemeriksaan yang ketat perlulah diandalkan untuk memastikan setiap imigran yang masuk ke negara ialah sah dan diakui status dan identitasnya.

Sebagai anggota polis juga, seharusnya mempunyai rasa tanggung jawab dan cinta tanah air yang tinggi, tidak semata-mata tergiur oleh godaan wang yang mampu menggoda hati mereka untuk mengkhianati negara sendiri.


Akhir kata, saya berharap dari pelajaran ini, pihak imigresen dapat lebih berwaspada dalam beroperasi dan pihak polis pun dapat taat dan setia pada negara sendiri. Ingat!! Wang bukanlah segala-galanya.

Demikian komentar yang ingin saya sampaikan. Terima kasih atas perhatiannya.

Tidak ada komentar: