Kamis, 24 April 2008

Selamat berjumpa lagi para pembaca yang setia. Puji dan syukur kami haturkan kepada Tuhan Yang Maha Esa atas berkat dan rahmat yang telah sentiasa diberikan. Semoga sahaja para pembaca tetap berada dalam keadaan sihat dan walafiat. Pada kesempatan ini, saya ingin berkongsi mengenai seorang tokoh yang sangat mempengaruhi kehidupan saya. Tokoh ini tidak begitu terkenal di dalam kalangan awam, namun sumbangan yang beliau berikan sangatlah kritikal dalam meyelamatkan jiwa manusia saat berada dalam keadaan darurat. Beliau ialah Dr Peter Safar, Bapa CPR sejagad raya.

Dilahirkan di Vienna pada tarikh 12 April 1924, Dr Peter Safar banyak menceburi dirinya di dalam bidang bantuan kecemasan darurat. Kesungguhannya dalam bidang ini mulai mendalam sejak kepergian putri beliau atas masalah sesak nafas yang mendadak.

Rabu, 05 Maret 2008

Sesi wawancara

Saya ucapkan terima kasih yang sedalam-dalamnya kepada Cikgu Victor Soh yang telah mengizinkan saya untuk mewawancarai beliau. Di tengah-tengah kesibukannya, beliau akhirnya mampu meluangkan waktu untuk mengadakan sesi wawancara ini bersama saya. Berikut laporan wawancara kami:






1. Bilakah anda mula menceburi kerjaya sebagai seorang guru?



Saya telah menjalankan kerjaya ini selama 4 tahun. Tiga tahun pertama saya mengajar di Millenia Institute (MI) dan inilah tahun keempat saya.



2. Mengapakah anda memilih kerjaya ini?



Sebetulnya, saya mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang guru sejak saya masih kecil. Jadi, sejak saya masih duduk di maktab rendah, saya berencana untuk belajar engineering terlebih dahulu di universiti. Setelah tamat, saya bekerja di Siemens selama 8 bulan. Saat itulah saya berasa bahawa engineering bukanlah untuk saya. Semenjak itu, saya berubah fikiran dan mulai menjadi seorang guru.



3. Apakah anda mendapati cabaran saat anda berubah kerjaya menjadi seorang guru?



Mengajar memang suatu kerjaya yang sangat melelahkan, namun menarik. Cabaran utama yang saya alami ialah para pelajar sangat susah diatur.



4. Mengapa anda memilih untuk mengajar di Sekolah Menengah Shuqun?



Saya suka tantangan. Pelajar di sekolah menengah tentulah lebih sukar diatur dibandingkan dengan pelajar di Millenia Institute. Semangat saya untuk menghadapi tantangan memberanikan saya untuk melepaskan diri dari Millenia Institute dan mengajar di sekolah ini.



5. Apakah pandangan pertama anda mengenai Sekolah Menengah Shuqun?



Para pelajar yang saya ajari sekarang sangat berbeda dengan pelajar yang saya ajari dulu. Saya berasa bahawa ini sesuatu permulaan yang sangat menantang.



6. Jadi apakah anda dapat menyesuaikan diri dengan lingkungan yang baharu ini dengan mudah?



Iya. Para pelajar yang saya ajari dapat dibilang cukup turut dengan apa yang saya katakan, namun terkadang saya juga berasa risih atas kenakalan mereka.



7. Apakah harapan anda kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan GCE 'O' tahun ini?



Tentunya saya ingin semua pelajar yang saya ajari dapat mencapai markah kepujian. Untuk mencapai ini, saya akan sediakan sesi bimbingan dan tambahan pelajaran. Saya juga menargetkan pelajar berdasarkan kemampuan mereka.



8. Apakah saranan dan anjuran anda untuk para pelajar yang akan menduduki peperiksaan GCE 'O' ?



Yang pertama tentunya, disiplin diri. Para pelajar perlu bersikap independen dan berkelakuan positif.



9. Apabila anda tidak keberatan, bolehkah anda berbagi sedikit pengalaman anda saat menghadapi peperiksaan GCE 'O' dulu?



Saya hanya mulai belajar di saat-saat terakhir ketika peperiksaan GCE 'O' telah dekat. Walaupun saya memperoleh nilai yang cemerlang, saya sering bertanya kepada diri saya sendiri: "APA YANG MUNGKIN DAPAT SAYA CAPAI APABILA SAYA MULAI BELAJAR SEJAK AWAL?"



10. Bagaimana anda mendefinisi seorang guru yang baik?



Guru yang baik haruslah mampu mengawal murid-muridnya untuk belajar secara efektif dan mampu menjalin hubungan yang baik dengan murid-muridnya. Juga, guru tersebut harus mampu memenangkan rasa hormat daripada murid-muridnya.



11. Tadi anda sebutkan bahawa anda suka tantangan. Jadi, apakah mungkin anda berpindah daripada mengajar di sekolah menengah ke sekolah rendah?



Tidak. Biarpun saya suka tantangan, saya lebih suka mengajar konsep-konsep bertingkat tinggi.



12. Untuk mengakhiri, apakah anda mempunyai pesan untuk disamapaikan kepada para pelajar di Sekolah Menengah Shuqun?



Kesuksesan berasal daripada sifat yang positif dan kerja keras. Tidak masalah seberapa kuat pondasi anda, yang penting KERJA YANG LEBIH BANYAK LAGI!



pondasi yang lemah + kerja keras yang lebih banyak = hasil yang cemerlang



Jadi, tiada alasan mengapa anda mengalami kegagalan.




Terima kasih banyak untuk Cikgu Victor Soh yang telah meluangkan waktunya yang sibuk demi kelangsungan sesi wawancara ini. Semoga saranan-saranan dan anjuran daripada Cikgu Victor Soh mampu menerangakan akal dan budi saudara-saudari dalam menghadapi tantangan hidup, terutama dalam menghadapi peperiksaan GCE 'O' nanti.

Selasa, 08 Januari 2008

O level semakin dekat!!!

Salam sejahtera para pembaca. Senang sekali kita dapat bertemu kembali dalam lelaman blog peribadi saya. Semoga seusai liburan panjang sekolah saudara-saudari masih dalam keadaan yang sehat dan walfiat. Sebelumnya, perbolehkan saya untuk mengucapkan selamat menempuh tahun baru 2008 dan semoga saudara-saudari dapat menyambut perjuangan dalam tahun baru ini dengan lebih tegar dan dewasa.

Berbicara mengenai menempuh tahun yang baru ini, tentu sahaja ada satu hal yang tidak dapat terlepas daripada pemikiran kita, iaitu bersama hari-hari berlalu, kedekatan kita dengan pelaksanaan peperiksaan GCE peringkat O juga semakinlah dekat. Pastilah kita semua ingin mencapai kesuksesan dan kecemerlangan dalam peperiksaan tersebut. Namun, apakah saudara-saudari telah mempersiapkan diri untuk menghadapi sesi hidup yang mampu mengombak-ambikkan jantung saudara-saudari ini? Sudah waktunya saudara-saudari mulai beraksi!

'Waktu ialah pengetahuan!!!' Inilah kata-kata kunci yang semestinya saudara-saudari ingat mulai detik ini juga. Waktu terus berjalan dan seiring hari-hari berlalu, waktu yang tersisa semakin terbatas. Gunakanlah waktu saudara-saudari semaksimal mungkin untuk keperluan yang sepenting-pentingnya! Namun, sebelum saudara-saudari menempuh pejuangan ini, tentukan dahulu target-target yang ingin saudara-saudari capai dalam peperiksaan GCE peringkat O mendatang. Kemudian, rencanakanlah strategi-strategi yang boleh saudara-saudari usahakan demi mencapai target-target tersebut. Di bawah ini ada beberapa strategi yang saya anjurkan, semoga strategi-strategi tersebut dapat membantu saudara-saudari demi kejayaan dalam peperiksaan GCE peringkat O nanti.

Kesehatan ialah utama!! Saudara-saudari haruslah menjaga kesehatan tubuh masing-masing. Kerana apabila saudara-saudari terjerat dalam suatu penyakit, timbullah halangan yang sangat besar dalam masa belajar saudara-saudari. Oleh kerana itu, berehatlah secukupnya dan makanlah secara teratur agar kesehatan saudara-saudari dapat terjaga. Jagalah kebersihan lingkungan saudara-saudari! Dengan adanya lingkungan yang bersih dan sehat pula saudara-saudari dapat menciptakan nuansa belajar yang nyaman.

Saudara-saudari juga boleh mencuba untuk belajar sambil mendengarkan muzik klasik. Tahukah saudara-saudari bahawa muzik klasik sebetulnya mampu menenangkan hati dan pikiran serta memulihkan kesegaran dan kesenangan hati saudara saudari? Kerana itulah muzik klasik sangat bermanfaat jika saudara-saudari sedang belajar ataupun mengkaji ulang pelajaran saudara-saudari di sekolah. Dengan perasaan yang lebih tenang dan damai, kajian-kajian yang saudara-saudari lakukan bisa ditangkap oleh otak dengan lebih mudah dan cepat.

Luangkanlah sehari dalam seminggu untuk berekreasi atau berekspedisi. Ini berguna untuk memberi saudara-saudari tempat dan waktu untuk menarik nafas kelegahan setelah seminggu menghadapi pelajaran yang melelahkan. Kepuasan mental dan fizikal sangatlah diperlukan untuk menuangkan segala tekanan yang telah saudara-saudari rasakan.

Rangkumlah butir-butir penting dalam sepucuk catatan kecil atau rangkuman, setiap kali saudara-saudari menyelesaikan satu materi pelajaran. Rangkuman ini berguna agar di saat-saat menjelang peperiksaan GCE peringkat O, saudara-saudari tidak perlu lagi merujuk kata demi kata yang tertera dalam buku teks saudara-saudari. Catatan kecil ini telah cukup untuk dijadikan rujukan satu materi pelajaran. Dengan begini, saudara-saudari dapat menghemat waktu untuk merujuk materi pelajaran lainnya.

Itu sahaja anjuran saya untuk saudara-saudari. Semoga sahaja strategi-strategi tersebut dapat membantu saudara saudari untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan GCE peringkat O mendatang. Tentu sahaja cara-cara di atas tidak akan mencapai kejayaan tanpa adanya dorongan dari diri saudara-saudari sendiri. Motivasi diri masihlah akar kesuksesan saudara-saudari dalam peperiksaan nanti.

Sebelum saya pamit, perbolehkan saya untuk mengucapkan beribu-ribu terima kasih kepada guru-guru didik kami yang telah berjasa dalam mempersiapkan kami menuju jenjang peperiksaan GCE peringkat O. Mereka telah mengorbankan sebahagian besar waktu dan pikiran mereka demi kejayaan peperiksaan kami nanti. Tentu sahaja jasa-jasa bakti mereka tidak dapat kami balas hanya dengan sepatah kata 'terima kasih'. Namun saya percaya, dengan kegigihan belajar dan kesuksesan kami di peperiksaan GCE peringkat O nanti, guru-guru kami tercinta akan berasa bangga dan sedar bahawa pengorbanan mereka selama ini tidaklah sia-sia. Tidak lupa juga saya mohon maaf yang sedalam-dalamnya jika adakala saya telah mengecewakan ibu, bapak guru. Semoga kenangan-kenangan indah di sekolah menengah Shuqun ini dapat selalu terukir dalam hati kami. Terima kasih, guru-guru kami, pahlawan tanpa tanda jasa untuk selama-lamanyanya.

Jumat, 28 September 2007

saya berbual...

Salam sejahtera untuk para pembaca. Dalam kesempatan kali ini saya ingin berbual tentang pelancongan di Singapura.

Terdapat beberapa tempat pelancongan di Singapura yang pernah saya kunjungi, di antaranya Sentosa, Singapore Zoo, Escape dan lain sebagainya. Namun, satu-satunya yang mampu membuat saya terkagum ialah Sentosa. Ini dikeranakan pemerintah Singapura telah menyisihkan dan menetapkan pulau ini untuk secara khusus beroperasi dalam bidang pelancongan.

Pemandangannya yang mempesona, hiburan yang menarik dan perkhidmatan yang baik telah berhasil menarik perhatian para pelancong maupun penduduk Singapura sendiri untuk terus mengunjungi pulau ini. Tidak diduga lagi betapa menggodanya keindahan pulau ini. Di dekat pantai menawannya, juga dibangun sebuah penginapan yang tersedia untuk pelancong yang berminat untuk menginap dalam jangka waktu panjang.

Pelancongan sebagai salah satu aspek pendapatan Singapura menimbulkan adanya kepedulian pemerintah demi perkembangan dalam bidang ini. Pemerintah Singapura telah mengambil beberapa langkah untuk menjadikan Singapura lebih menarik di mata pelancong luar negeri dan untuk meningkatkan kualitas tempat-tempat pelancongan di Singapura. Di antaranya, Singapura telah memasang iklan di berbagai negara demi mempromosikan keunggulan pelancongan di Singapura. Risalah juga disediakan di pelabuhan dan lapangan terbang untuk dirujuki oleh para pelancong. Pemerintah juga telah meningkatkan kualitas pengangkutan di Singapura untuk memudahkan para pelancong mengakses ke tujuan-tujuan pelancongan. Salah satunya ialah Sentosa. Dahulu, untuk dapat berkunjung ke Sentosa, para pelancong harus menaiki cable car ataupun sebuah kapal dari pelabuhan Harbour Front untuk diankut ke pulau seberang itu. Sekarang untuk mengunjungi Sentosa para pelancong boleh menaiki angkutan darat dan yang lebih menarik lagi, kini di mal VivoCity telah diluncurkan semacam kereta dalam bentuk yang menarik yang mampu membawa para pelancong menuju Sentosa.

Singapura juga berhasil menarik perhatian para pelancong lewat peluncuran kapal wisata Star Cruises. Kapal wisata yang cukup unik dan menarik ini terus meyakinkan para pelancong untuk mengunjungi dan kembali mengunjungi hiburan yang tidak kalah hebatnya ini.

Untuk menarik lebih banyak pelancong, pemerintah Singapura kini juga tengah membangun dan membina Intergrated Resorts, di mana yang diperkirakan akan selesai dalam beberapa tahun yang akan datang. Dikatakan dalam Intergrated Resorts ini akan dibangun kasino yang dipercaya mampu menarik kehadiran banyak pelancong.

Dengan perkembangan yang semakin pesat dalam bidang pelancongan ini, tentu sahaja para pelancong mampu meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam hati mereka. Itulah sebabnya para pelancong terus kembali mengunjungi Singapura dan jumlah pelancong yang mendatangi Singapura terus meningkat dari tahun ke tahun.

Rabu, 26 September 2007

momentum penuh warna...

Salam sejahtera untuk para pembaca. Dalam kesempatan ini saya ingin berbagi pengalaman yang sangat terkesan di hati saya yang tidak akan pernah saya lupakan.

Kira-kira 2 tahun yang lalu selepas saya bersama rakan-rakan selesai mengikuti ujian nasional, kami merencanakan dan mengadakan sebuah acara perpisahan untuk mengenang kenangan-kenangan indah yang pernah kami alami bersama, baik pun suka maupun duka. Acara perpisahan ini diadakan terutama kerana tidak lama kemudian sebagian besar rakan-rakan akan berpindah tempat ke luar kota untuk melanjutkan pendidikan mereka. Oleh sebab itu, acara perpisahan ini ialah acara di mana kami dapat berkumpul bersama buat terakhir kali untuk berkongsi cerita dan pengalaman.

Acara ini kami adakan di sebuah pantai bernama "Nongsa Point Marina". Kami menyewa sebuah villa untuk diinapi selama dua hari satu malam.



Pada pagi hari acara perpisahan tersebut, kami berkumpul dahulu di sekolah kemudian berangkat bersama-sama menuju tujuan kami yang cukup jauh. Bapak ibu rakan-rakan yang baik dan ramah bersedia untuk mengantar kami ke tempat tujuan kami.

Kami bersyukur sebab cuaca sangat mendukung perencanaan kami ini. Setiba di pantai yang indah menawan itu, kami segera menyerbu ke villa sewaan kami yang bertempat di atas bukit. Villa tersebut cukup luas namun kamar tidur villa tersebut tidaklah mampu menampung jumlah kami yang mencakup dua puluhan orang. Akhirnya setelah dibincangkan, kami sepakat bahawa semua lelaki akan tidur di ruang tamu.



Namun, hari yang ditetapkan sebagai hari acara perpisahan kami ini serasa tidak tepat. Guru darjah kami tidak dapat menghadirkan diri dalam acara ini sebab beliau mempunyai urusan yang menghalanginya. Oleh kerana itu, kami tidak mempunyai makanan untuk disantap. Untung sahaja salah satu rakan kami mendermakan dua kotak mi cawan yang kini menjadi santapan kami selama dua hari.


Supaya tidak kelaparan, sebagian rakan saya yang membawa alat pancing bergegas menuju pantai untuk menangkap ikan agar dapat kami makan. Dari pengalaman ini juga saya dapat mempelajari cara untuk memancing ikan, ternyata tidaklah mudah. Memancing ikan serasa suatu ajang kesabaran. Akhirnya berkat kerja keras, kami berhasil membuahkan 7 ekor ikan untuk dimasak.

















Sesampai kembali di villa, kami bergegas ke dapur. Di situ telah disediakan berbagai macam peralatan memasak. Namun, bencana demi bencana terus menuruni kami. Kami tidak mempunyai minyak untuk menggoreng ikan-ikan tersebut. Usaha kami sia-sia. Kini kami hanya dapat bergantung pada mi cawan.

Malam telah tiba. Tampak sekumpulan lelaki sedang serius menonton pertarungan bola sepak World Cup tingkat seperempat final. Kerana kamar tidur telah penuh ditiduri oleh rakan-rakan yang lain, kami terpaksa berdiam di ruang tamu. Kami berencana untuk bergadang semalaman sambil menonton pertarungan bola sepak. Saya yang sedang berjuang melawan kekantukan akhirnya berhasil melewatkan malam tanpa tidur. Tetapi, selepas pukul 7 pagi saya tidak dapat menahan kelelahan saya lagi dan akhirnya saya terjun ke dalam mimpi indah saya.

Ketika saya kembali sedar, kira-kira sudah pukul 10 pagi. Saya segera mandi dan mengepak barang-barang saya. Dalam waktu dua jam kemudian kami harus telah meninggalkan villa tersebut. Akhirnya, setelah menghabiskan mi cawan, kami meninggalkan villa tersebut, di mana kami menghabiskan kenangan terindah kami selama ini. Kami bergegas pulang.




Peristiwa ini berkenang sangat dalam hatiku. Hingga sekarang saya masih mengingat perincian tiap kegiatan yang kami lakukan. Saya sangat merindukan kelas saya yang paling berkesan di hati saya ini. Sekarangpun juga, kami sedang merencanakan acara reuni kami di mana kita dapat kembali dipersatukan untuk berbagi pengalaman selama ini. Saya berharap hari yang satu ini dapat segera tiba.



Selasa, 18 September 2007

kenapa nak naikkan tambang???

Salam sejahtera para pembaca. Merujuk pada artikel yang saya baca hari ini, ada beberapa perkara yang ingin saya sampaikan.

Kenaikan tambang yang baru dikuatkuasakan bulan Julai lalu tampak banyak aduan yang telah disampaikan oleh rakyat.

Kenaikan tambang demi mutu perkhidmatan yang lebih baik dan peruntukan biaya yang semakin mahal serasa bukan tujuan utama kenaikan tambang. Buktinya, perusahaan transportasi seperti SBS Transit dan SMRT mencetus bahawa apabila biaya tambang tidak dinaikkan, pihaknya masih dapat memperoleh keuntungan yang jumlahnya cukup besar.

Tentu sahaja pihak perusahaan transportasi menginginkan keuntungan yang lebih besar, namun pernahkah mereka memikirkan tentang nasib rakyat??

Mungkin sahaja kerana kenaikan tambang ini beberapa keluarga yang kurang mampu harus hidup lebih berhemat lagi agar mempunyai cukup uang untuk menaiki alat pengangkutan. Memang perusahaan pengangkutan mengatakan bahwa pihaknya menaikkan tambang kerana adanya kenaikan harga minyak diesel. Tetapi, apakah itu bererti mereka harus menaikkan biaya tambang meskipun pihaknya tetap dapat memperoleh keuntungan?? Lebih-lebih lagi, dalam perkara ini, hal yang saya rasa kurang adil ialah hanya tambang bas dan teksi sahajalah yang dinaikkan, MRT dan LRT tetap dalam biaya yang sama. Situasi ini hanya menguntunkan rakyat yang sering berangkutan lewat MRT, bagaimana dengan rakyat yang lebih sering menaiki bas dan teksi?

Saya rasa perlu adanya perbincangan lebih lanjut antara pemeritah dengan pihak perusahaan pengangkutan. Keputusan yang bulat perlulah diambil agar dapat memuaskan hati seluruh lapisan masyarakat. Semoga dalam masa yang akan datang, akan ada keputusan dan skim yang lebih efektif dan adil yang mampu mencakup keberuntungan bersama antara pemerintah, perusahaan pengankutan dan rakyat.

Sekian komentar saya. Terima kasih.

Selasa, 11 September 2007

suara hatiku...


Merujuk pada artikel yang saya baca hari ini, ada sedikit komentar yang ingin saya sampaikan dari ujung hati saya. Di bawah ini saya tampilkan artikel yang telah saya baca.


Singapura : 11 September 2007

POLIS BERSALAH BANTU LANJUT TEMPOH INAP


SEORANG pegawai polis yang bertanggungjawab menghuraikan beberapa kes pembunuhan dan penculikan telah didapati bersalah oleh mahkamah kerana membantu wanita asing melanjutkan tempoh penginapan mereka di sini secara haram.

Hukuman ke atas Daniel Teo Huan Koon, 35 tahun, akan dijatuhi hari ini.

Sebelum ini, mahkamah diberitahu bahawa dalam tempoh tiga bulan, Teo menerima $26,500 untuk membantu 53 wanita dari Vietnam dan China melanjutkan tempoh penginapan di Singapura.

Dia mengirimkan surat palsu kepada pihak penguasa imigresen dengan mendakwa wanita itu diperlukan untuk membantu siasatan kes pembunuhan dan kematian luar biasa. Bagi setiap surat, dia dikatakan diupah $500.

Namun, Teo tidak mempunyai kuasa menulis surat tersebut.

Dia digantung daripada bertugas sejak Mei lalu dan dikatakan menerima wang itu daripada orang tengah, Eric Au Choon Yong, yang belum lagi didakwa di mahkamah.
Jika didapati bersalah, Teo boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda $10,000.

Kesalahan membuat kenyataan palsu membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun.



LELAMAN DI ATAS DIPETIK DARIPADA:



---------------------------------------------------------------------------


Pandangan mataku langsung tertumpu pada tajuk artikel ini ketika lelaman internet ini dibuka.


Menyeludupkan orang memang tidak mudah, terlebih lagi jumlah yang didapati ialah 53 wanita dari Vietnam dan China. Namun, dengan bantuan polis, semuanya terasa mudah dan ringan.


Dengan upah sebesar $26,500 dan sogokan sebesar $500 untuk setiap surat palsu yang dikirimkan ke imigresen, seorang polis dinyatakan bersalah dan terdakwa atas kesalahannya dalam membantu memperpanjang tempoh penginapan para imigran secara haram.


Memang benar pekerjaan seorang polis membolehkannya mempunyai kuasa dalam menyelidiki hal-hal tertentu, namun tidaklah dibenarkan apabila para polis menyalahgunakan kuasa yang mereka miliki untuk hal-hal yang tidak pantas.


Menurut saya, aksi yang dilakukan oleh polis tersebut di atas, telah memudahkan para imigran untuk mengakses ke negara tanpa pemeriksaan dan penyelidikan yang aman. Ini dapat menyebabkan keamanan negara menjadi terancam dan lebih parah lagi apabila di antara para imigran terdapat unsur-unsur keganasan teroris.

Seharusnya, pihak imigresen mengadakan pemeriksaan yang lebih lanjut dan tidak mengizinkan para imigran yang belum jelas status dan identitasnya untuk masuk ke negara secara mudah. Pihak imigresen juga tidak seharusnya langsung mempercayai perkataan polis tanpa penyelidikan yang sesuai. Pemeriksaan yang ketat perlulah diandalkan untuk memastikan setiap imigran yang masuk ke negara ialah sah dan diakui status dan identitasnya.

Sebagai anggota polis juga, seharusnya mempunyai rasa tanggung jawab dan cinta tanah air yang tinggi, tidak semata-mata tergiur oleh godaan wang yang mampu menggoda hati mereka untuk mengkhianati negara sendiri.


Akhir kata, saya berharap dari pelajaran ini, pihak imigresen dapat lebih berwaspada dalam beroperasi dan pihak polis pun dapat taat dan setia pada negara sendiri. Ingat!! Wang bukanlah segala-galanya.

Demikian komentar yang ingin saya sampaikan. Terima kasih atas perhatiannya.